Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Potty Train Anak 2.6 tahun Hanya 72 jam ?

Wow! Tajuk memang hype habis ya! 3 hari nampak macam mudah kan tetapi proses yang memakan masa 72 jam itu penuh persoalan dan hipotesis dari minda sendiri. Nak tahu, sila baca seterusnya. Al kisahnya, aku memang bercadang untuk membuat potty train sewaktu umur Zikry 23 bulan yakni lagi sebulan sebelum dia mencecah 2 tahun. Waktu itu  kandunganku baru berusia 5 bulan lebih. Aku rasa macam penat je ( mindset terus negatif je) walhal perut masa tu belum besar pun lagi. Baru nak naik.  Jadi aku cuba untuk satu hari tu, penat juga ulang alik masuk toilet mengemop lantai. Ada juga rasa nak marah bila dia kencing sesuka hati. Aku giveup dan pakaikan pampers semula pukul 7 malam .  Zikry dah boleh bertutur sikit dan boleh faham arahan dikala itu. Percubaan aku gagal. Kali kedua aku pasangkan niat untuk diaperless bila aku pergi shopping barang household minggu lepas. Beli pampers untuk adik Zikry, tapi aku taknak beli untuk dia. Aku beritahu Zikry , Mummy taknak beli pamper

BERSALIN TANPA SAKIT SECARA HYPNOBIRTHING

  AWAS!!   ENTRI INI SANGAT PANJANG. SILA BACA DENGAN PENUH KETABAHAN.  'Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya'.'  Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya'  [nadiramahidan: 2012] Hari ini genap 4 bulan umur diari online ku ini dan hampir 3 bulan lebih aku tidak mencoretkan tinta ini sejak 1 November tahun lepas. Entah kenapa mengandung yang lepas rasa asyik cepat mengantuk jadi tak sempatlah nak stay up untuk menulis. Cewah! Alasan je kan.  Tujuan entri ni ditulis untuk berkongsi pengalaman terindah melahirkan anak kedua iaitu pada 2 Januari 2015. Walaupun EDD ku 1/1/2015, aku memberi peluang untuk bayiku menentukan tarikh lahirnya sendiri.Doktor juga memberi masa sehingga 9 Januari 2015, jika masih belum bersalin barulah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setiap perkiraan dan setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Maka lahirlah beliau ZIYAD UL HAQ bin Muhammad Yusof ke dunia pada 10